Ciri-Ciri Sahabat Yang Baik !
Monday, 10 December 2012 | 23:11 | 0 comments
Wahai sahabat sekalian, antara ciri-ciri sahabat yang baik adalah:
- Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
- Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
- Jika engkau memerlukan pertolongan darinya, dia akan membantu kamu.
- Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
- Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan daripada kamu..dia akan menghargai kebaikan kamu.
- Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
- Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
- Jika engkau berdiam diri, dia akan menanyakan kesusahan kamu.
- Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
- Jika engkau berkata padanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
- Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
- Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga persahabatan.
- Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat.
- Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sememangnya, masih belum terlambat untuk kita semua berubah sedikit demi sedikit untuk menjadi sahabat yang baik. Belum ada istilah ‘lambat’ selagi hayat dikandung badan. Jadilah seorang sahabat yang baik, yang membahagiakan sahabat kita, yang tidak menyakitkan hati sahabat kita, dan memberi kebaikan, teguran dan nasihat kepada sahabat kita.
Janganlah kita menjadi sahabat yang sombong yang tidak mahu menerima teguran sahabat yang lain, ingatlah, sahabat tegur ke arah kebaikan, tanda dia sayang, andai dia berusaha bersungguh-sungguh mahu ke syurga, dia sentiasa mengajak sahabatnya yang lain untuk ke syurga bersama-samanya.
Cinta seorang sahabat ketika dia mengajak sahabatnya berbuat baik kepada Allah. Sayangnya seorang sahabat ketika dia menyedarkan kita apabila kita terpesong dari landasan Allah. Kasihnya seorang sahabat ketika dia tidak pernah lupa berdoa untuk sahabat-sahabatnya.
Oleh itu, ayuhlah teman-temanku, bahagiakan sahabatmu sementara mereka masih ada! Bawalah mereka ke syurga bersamamu, tiada jodoh untuk bertemu di dunia lagi, berdoalah agar bertemu di syurga kelak! insyaAllah, Allah melihat setiap usahamu walaupun sebesar zarah!
Berdoalah untuk sahabatmu yang telah pergi menghadap ilahi, semoga Allah ampunkan dosa-dosa dia, semoga Allah lapangkan kuburnya, berikan cahaya di dalam kuburnya, semoga dia ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Sesungguhnya doa seorang sahabat tidak ternilai harganya sama seperti nilai persahabatan. Mahal =)
dari: http://akuislam.com/blog/perkongsian-artikel/sahabat/#ixzz2EiysNAF8




